Thursday, November 14, 2013

tentang hati..

as salam.. manusia diberi akal untuk berfikir dan menilai buruk baik tapi manusia juga dikurniakan nafsu yang sentiasa mempengaruhi pemikiran kita.. ada masa kita akan membuat kesalahan..sekuat mana kita ingin berubah sekuat itu juga cubaan akan datang..berbalik lah pada hati.. pelihara iman agar sentiasa kuat untuk menangkis hasutan syaitan yang menyebabkan kita terbabas dari landasan.. bukan senang untuk berubah..tapi mencuba untuk berubah adalah sesuatu yang baik.. sentiasa bermohon agar tetapkan iman.. wassalam..

Friday, November 8, 2013

hatiku menangis..

sungguh hatiku tidak tenang sekarang..ya Allah adakah aku yg bersalah atau adik yg sensitif..aku tidak bermaksud utk melukan hatinya.. arghh..mungkin dia salah faham..tak apa lah satu hari nanti dia akan faham segalanya.. memang aku tidak sempurna tapi aku cuba mempelajari segalanya tentang ilmu Allah supaya aku akan menjadi yang terbaik buat mereka..

Tuesday, November 5, 2013

happy birthday

selamat hari lahir ibu..harapan dari kami moga ibu terus dikurniakan kesihatan yang baik.. dan semoga ibu terus dilindungi allah swt senantiasa.. kami amat menyayangi dirimu dunia dan akhirat..

Sunday, October 27, 2013

semangat

assalamualaikum.. hujan hari ni..sejuk dan damai..indahnya aturan ilahi buat hambanya dibumi ini..syukur kehadratnya kerana sy masih punya masa utk perbaiki kelemahan diri.. syukur alhamdulilah..akhirnya saya temui jua tempat utk saya meluah segalanya.. blog hidup mesti diteruskan banyak membuat saya duduk muhasabah diri.. mencari apa yang allah swt cuba sampaikan pada saya.kini saya cuba menjadi yang terbaik utk keluarga sendiri.segala yang manis dan indah itu tidak akan datang bergolek segalannya perlu dibayar..dan itulah yg saya harapkan andainya umur saya panjang.. wassalam..

Tuesday, October 8, 2013

pengenalan..

salam kasih dan sayang buat semua.. ada sebab kenapa entri ini wujud..kau orang akan faham nanti.. aku adalah anak sulung..aku punya tanggungjawab terhadap ayah..ibu.. adik2 dan keluarga aku sendiri. aku amat menyayangi mereka lebih dari nyawa aku sendiri..bagi aku biarlah aku mengalah dari semua segi..aku percaya pada qada dan qadar ALLAH swt..semuanya memang telah tertulis di luh mahfuz.. aku ingin berkongsi kisah ibu yang menghidapi kanser tahap 4 dan seorang adik yang hiv+. tentu tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan aku menghadapinya.. sebagaimana yang aku beritahu..aku sanggup mati untuk mereka..tapi..kalau aku yang pergi dulu siapa yang akan ambil berat tentang mereka.. aku akan meluahkan segalanya disini..tapi aku memerlukan masa untuk menaip dan menyusun kata2 semuanya adalah izin dari ilahi..jika DIA mengkehendaki sesuatu maka ia akan tetap terjadi.. wassalam